Mimpi.... Dreams.... Yume....

Something to remember....

Hari ini saya menghadiri Seminar Peningkatan Kesedaran Minda Perlancongan bersama-sama denga Kak Jidah di bawah pelawaan SALAM Temerloh. Seminar diadakan di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Mentakab.
First time saya datang kt kolej ni. Wah..... Besar dan cantiknyer..... Seminar bermula jam 8.30 pagi. Sewaktu pendaftaran, saya dapat goodies. Seronoknyer ;D
Speaker adalah Tuan Haji Idros Bin Yahya dari Lembaga Pembangunan Perlancongan Tioman. Dapat tengok video Tioman gitu. Cantik.....
Masa ceramah ni, banyak pendedahan baru saya dapat. Memang benar, saya bukan mereka yang terlibat secara langsung dengan perlancongan. Tapi rupe-rupernyer, ada juga sesuatu yang dapat saya sumbangkan. Misalnya, ramah kepada pelancong. Malaysiakan terkenal dengan peramahnya.
Apapun seronok dapat menghadiri seminar. Boleh release tension. Dapat juga memenuhi cuti saya dengan perkara-perkara berfaedah. Tidaklah membazir cuti saya hari ini. Sebenarnya, saya bercuti untuk melarikan diri dari kesibukan dan ketegangan kerja.
Yang bagusnyer, saya dapat mendaftar untuk kursus pendek anjuran Kolej Komuniti. Dah lama nak daftar, tidak berkesempatanla plak. Kira sambil menyelam, minum air la ni. Banyak jugak kelas yang saya nak amik
Nak tambahkan pengetahuan. Disamping tu, nak rehatkan minda dari kerja. Lepas ni kener arrange timetable. Saya dah daftar untuk kelas piano juger.... Banyakla plak aktiviti. Takper, yang penting saya rasa gembira.... :D
Sebelum balik, sempat jgak saya menjenguk Pusat ICT di Lebak. Kecik jer tempatnyer. Tapi di situlah tempat anak-anak kampung itu berkenalan dengan komputer. Satu langkah kecil kearah kecemerlangan gitu. Sempat juga saya wakafkan majalah Arena Komik kesayangan saya. Rasa sedih jugak berpisah dengan mereka. Maklumlah, kesayangan saya tu.... Tapi memandangkan lebih baik saya berkongsi dengan mereka yang tidak berkemampuan daripada terkubur dalam kotak ajerkan. Lagipun nenek dah bising membazirkan duit beli majalah yang tidak berfaedah. Bagi dia memangla. Bagi saya, Manga dan Anime adalah salah satu cara leisure saya. Jadi tidak salah kan?.....
Apepun, untuk mengurangkan rasa bersalah saya kerana membazirkan duit mereka, terpaksalah saya wakafkan. Lagipun saya kurang cermat dalam penyimpanan. Biar rosak di tangan mereka-mereka yang membacanya daripada dirosakkan oleh anai-anai di umah. Apepun pesanan saya, TOLONG JAGA DENGAN BAIK-BAIK YER........
Kesayangan saya tu...... ('',)

0 comments:

100 WISDOM

Download Blogger Widgets & Gadgets at PlanetBlogTemplate.blogspot.com

Followers

Page Reviews

About this blog