Mimpi.... Dreams.... Yume....

Something to remember....

Sabda Rasulullah S.A.W
Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit & keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya

~ Alam tidak pernah menjanjikan kesetiaan yang berkekalan. Terkadang hujan di tengah hari, setelah disangka panas sampai ke petang dan terkadang panas terik dibaham suria nan merah sedang mendung berarak perlahan ke kaki bukit
- Hanya Kerana Arissa -> Manera Muhammad

~ Cinta tidak pernah meminta kerana ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam dan tidak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta di situ ada kehidupan dan kebencian pula hanya akan membawa kepada kemusnahan
- Saat Cinta Bersemi -> Damya Hanna

~ Cinta mengikat tali yang putus dan menghubungjan yang patah. Cinta menjadikan yang jauh itu dekat dan yang sulit itu mudah. Cinta yang berkembang subur dapat membahaguajan suami isteri dalam rumahtangga. Kehidupan suami isteri tanpa cinta adalah hambar, umpama sayur tanpa garam
- Untukmu -> Azilah Wahab

~
Kebahagiaan akan datang tanpa diundang
Datangnya dengan seribu pernghargaan
Perginya dengan seribu kepayahan
Tak perlu dijadikan perpisahan itu satu kekesalan
Kerana terjadinya perpisahan itu tidak pernah diimpikan
oleh seorang wanita yang bergelar isteri
oleh seorang wanita yang bergelar ibu

~ Tidak ada perempuan yang tidak mahukan kebahagiaan
Tidak ada isteri yang mahu diceraikan
Tidak ada ibu & anak yang rela berjauhan
Namun siapa yang dapat melawan takdir
Andainya takdir dapat disingkarka
Andainya qada' dan qadar dapat dicicir
Pastinya perpisahan dan derita ini tak akan menjadi milikku
- Demi Kasih Ini -> Hasreeyati Ramli (m/s : 1)

~ Syair Al-Mutanabbi
Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan
Sepanjang roh masih setia menemani jasad
Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu
Terkadang datangnya kesedihan
Tidak boleh kamu tolak

~ Perkukuhkan bahteramu kerana samudera ini amatlah dalam
Perbanyakkan bekalanmu kerana perjalanan ini amat pangjang
Ikhlaskanlah amalanmu kerana pencatatmu sungguh amat teliti
- Hatiku Milikmu -> Zaharah Muhammad


Andai jari tak sempat berjabat, andai raga tak kuasa bertatap, setidaknya temali batin masih bersahut. Ada kalanya MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN salah menafsir, HATI silap menduga....Mohon AMPUN dan MAAF. Selamat Hari Raya Aidilfitri


dalam bermesra mungkin terkasar bahasa. dalam bergurau mungkin terlanjur senda. dalam berjanji mgkin ada yg blm dikota. dalam berbicara mgkin ada yang menyinggung rasa... jika ada, kemaafan jualan yang dipinta. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??









 








Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t


INSYAALLAH :)



 

Bila terasa ada kesulitan atau berdepan dgn masalah/keresahan.



BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".


Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.


Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
utk ruj & perkongsian

100 WISDOM

Download Blogger Widgets & Gadgets at PlanetBlogTemplate.blogspot.com

Followers

Page Reviews

About this blog