Mimpi.... Dreams.... Yume....

Something to remember....

~ Alam tidak pernah menjanjikan kesetiaan yang berkekalan. Terkadang hujan di tengah hari, setelah disangka panas sampai ke petang dan terkadang panas terik dibaham suria nan merah sedang mendung berarak perlahan ke kaki bukit
- Hanya Kerana Arissa -> Manera Muhammad

~ Cinta tidak pernah meminta kerana ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam dan tidak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta di situ ada kehidupan dan kebencian pula hanya akan membawa kepada kemusnahan
- Saat Cinta Bersemi -> Damya Hanna

~ Cinta mengikat tali yang putus dan menghubungjan yang patah. Cinta menjadikan yang jauh itu dekat dan yang sulit itu mudah. Cinta yang berkembang subur dapat membahaguajan suami isteri dalam rumahtangga. Kehidupan suami isteri tanpa cinta adalah hambar, umpama sayur tanpa garam
- Untukmu -> Azilah Wahab

~
Kebahagiaan akan datang tanpa diundang
Datangnya dengan seribu pernghargaan
Perginya dengan seribu kepayahan
Tak perlu dijadikan perpisahan itu satu kekesalan
Kerana terjadinya perpisahan itu tidak pernah diimpikan
oleh seorang wanita yang bergelar isteri
oleh seorang wanita yang bergelar ibu

~ Tidak ada perempuan yang tidak mahukan kebahagiaan
Tidak ada isteri yang mahu diceraikan
Tidak ada ibu & anak yang rela berjauhan
Namun siapa yang dapat melawan takdir
Andainya takdir dapat disingkarka
Andainya qada' dan qadar dapat dicicir
Pastinya perpisahan dan derita ini tak akan menjadi milikku
- Demi Kasih Ini -> Hasreeyati Ramli (m/s : 1)

~ Syair Al-Mutanabbi
Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan
Sepanjang roh masih setia menemani jasad
Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu
Terkadang datangnya kesedihan
Tidak boleh kamu tolak

~ Perkukuhkan bahteramu kerana samudera ini amatlah dalam
Perbanyakkan bekalanmu kerana perjalanan ini amat pangjang
Ikhlaskanlah amalanmu kerana pencatatmu sungguh amat teliti
- Hatiku Milikmu -> Zaharah Muhammad


0 comments:

100 WISDOM

Download Blogger Widgets & Gadgets at PlanetBlogTemplate.blogspot.com

Followers

Page Reviews

About this blog