Mimpi.... Dreams.... Yume....

Something to remember....

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
Tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya

Malam ni saya keluar dengan Kak Jidah. KAmi pergi ker perjumpaan Salam. Wak kat kedai makan kt Temerloh Jaya. Banyak jugak info baru yang dapat. Ahli yang datang seramai 6 orang termasuk sayalah. Disamping mendengar berita baru, juga untuk meraikan seorang sahabat yang akan melanjutkan pelajarannya, Ida. Kener berkursus di Selangor. Lepas ni, payah dah nak nampak dia.

Sambil-sambil tu, sempat juga kami melihat website Temerloh. Orang yang membuatnya, kedai dia kat sebelah tempat kami makan tu. Boleh tahan jugak design dia. Belum siap penuh jer lagi. Tak sabar-sabar nak tengok hasil terakhirnya. Lepas ni kener plak pkir camner nak maintaine. Nampaknya, saya ada peluang menyambung tugas ni. BAgus gak. DApat saya belajo php. Dah tentunya saya tak pernah tau. Kemudian criterlatu.

Link ker laman web tu ada kat site Link saya. Bolehlah cuba, try, test. Orang Temerloh semestinya perlu memberi komen. Baru dapat memenuhi kehendak semua. CAYALAH.........

Kita tidak pernah boleh memilih bila kita jatuh cinta
Bilapun saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu
Jangan biarkan ia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hati

Hari ini saya menghadiri Seminar Peningkatan Kesedaran Minda Perlancongan bersama-sama denga Kak Jidah di bawah pelawaan SALAM Temerloh. Seminar diadakan di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Mentakab.
First time saya datang kt kolej ni. Wah..... Besar dan cantiknyer..... Seminar bermula jam 8.30 pagi. Sewaktu pendaftaran, saya dapat goodies. Seronoknyer ;D
Speaker adalah Tuan Haji Idros Bin Yahya dari Lembaga Pembangunan Perlancongan Tioman. Dapat tengok video Tioman gitu. Cantik.....
Masa ceramah ni, banyak pendedahan baru saya dapat. Memang benar, saya bukan mereka yang terlibat secara langsung dengan perlancongan. Tapi rupe-rupernyer, ada juga sesuatu yang dapat saya sumbangkan. Misalnya, ramah kepada pelancong. Malaysiakan terkenal dengan peramahnya.
Apapun seronok dapat menghadiri seminar. Boleh release tension. Dapat juga memenuhi cuti saya dengan perkara-perkara berfaedah. Tidaklah membazir cuti saya hari ini. Sebenarnya, saya bercuti untuk melarikan diri dari kesibukan dan ketegangan kerja.
Yang bagusnyer, saya dapat mendaftar untuk kursus pendek anjuran Kolej Komuniti. Dah lama nak daftar, tidak berkesempatanla plak. Kira sambil menyelam, minum air la ni. Banyak jugak kelas yang saya nak amik
Nak tambahkan pengetahuan. Disamping tu, nak rehatkan minda dari kerja. Lepas ni kener arrange timetable. Saya dah daftar untuk kelas piano juger.... Banyakla plak aktiviti. Takper, yang penting saya rasa gembira.... :D
Sebelum balik, sempat jgak saya menjenguk Pusat ICT di Lebak. Kecik jer tempatnyer. Tapi di situlah tempat anak-anak kampung itu berkenalan dengan komputer. Satu langkah kecil kearah kecemerlangan gitu. Sempat juga saya wakafkan majalah Arena Komik kesayangan saya. Rasa sedih jugak berpisah dengan mereka. Maklumlah, kesayangan saya tu.... Tapi memandangkan lebih baik saya berkongsi dengan mereka yang tidak berkemampuan daripada terkubur dalam kotak ajerkan. Lagipun nenek dah bising membazirkan duit beli majalah yang tidak berfaedah. Bagi dia memangla. Bagi saya, Manga dan Anime adalah salah satu cara leisure saya. Jadi tidak salah kan?.....
Apepun, untuk mengurangkan rasa bersalah saya kerana membazirkan duit mereka, terpaksalah saya wakafkan. Lagipun saya kurang cermat dalam penyimpanan. Biar rosak di tangan mereka-mereka yang membacanya daripada dirosakkan oleh anai-anai di umah. Apepun pesanan saya, TOLONG JAGA DENGAN BAIK-BAIK YER........
Kesayangan saya tu...... ('',)

Cinta sesuatu yang mengasyikkan
Ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran
Cinta juga sebenarnya
indah jika pandai menghayatinya
Sebaliknya cinta boleh menjadi
racun jika tersalah tempat
Apapun, CINTA itu
BUTA......

hari ni saya menghadiri kenduri di rumah saudara di Kampung Paya Dalam. Sambut menantu. Anak lelakinya yang kedua telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati. Bertugas sebagai anggota polis, dan bertemu jodoh dengan anggota polis juga.
Meriah juga suasana hari tu. Walaupun mak sepupu belum lagi habis berpantang, namun majlis berjalan dengan lancar. Ramai jiran tetangga yang datang membantu. Saya juga dapat berjumpa dengan ramai lagi sedara mara yang lain. Ada tu yang selalu berjumpa ketika membeli sarapan pagi. Namun disebabkan tidak mengenal sedara, tidaklah jadi mesranya. Hari tu, barulah saya tau. Rupanyer ramai lagi sedara mara saya di sini.
Kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga tu, saya mengucapkan:


SELAMAT PENGANTIN BARU


Semoga bahagia sehingga ke anak cucu dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.....
Amin.......

sesiapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa pandai menilai cinta

kerana cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan


Sumbangan: Kak Rin n the Gangs...

- Kak Rin n the Gangs -



Sumbangan: Kak Rin n the Gangs...

- Kak Rin n the Gangs -

Cinta tetap hadir
Ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan
tetapi kepasrahan tentang yang mutlak
Itulah cinta TERULUNG

CINTA adalah keabadian....

dan KENANGAN adalah hal terindah yang pernah dialami

Cinta kepada harta = bakhil
Cinta kepada perempuan = alam
Cinta kepada diri = bijaksana
Cinta kepada mati = hidup

Cinta kepada Tuhan = TAKWA

100 WISDOM

Download Blogger Widgets & Gadgets at PlanetBlogTemplate.blogspot.com

Followers

Page Reviews

About this blog